Khamis, 9 April 2015

kasih sayang antara kakak dan adik

Assalamualaikum semua,saya akan berkongsi bagaimana kasih sayang antara kakak dan adik.
Sebagai seorang kakak kita haruslah mengambil berat tentang adik dan sentiasa berada di sisi adik jika mereka memerlukan pertolongan.Seorang kakak juga perlu membimbing adik belajar hingga mereka pandai membaca ABC-XYZ dan pandai mengira 123.Memang adik banyak kerenahnya tetapi kita mestilah bersabar dengan perang mereka.Itu sudah biasa bagi ibu dan ayah kita juga perlu biasa dengan kerenah mereka seperti ibu bapa kita yang sentiasa bersabar.Jangan sampai kita naik tangan kepada adik kita yang masih kecil.Dia tidak tahu apa yang mereka lakukan so,di sini saya nasihatkan sesiapa yang mempunyai adik haruslah bersabar dengan kerenah mereka.Mungkin itu sahaja yang saya akan kongsikan kepada rakan-rakan semoga dapat bertemu lagi di blogger ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan