Khamis, 28 Julai 2016

ESSAY (Healthy Living)

Image result for gambar kartun menonton televisyen

        Justin is very lazy boy.He is glued to television all day long.He hardly helps his parents with the household chores.He has no time for his studies or to involve in any sports.

        He spends most of his time watching his favourite reality shows shows and thriller movies as well as serials.Since Justin does not exercise,he is overweight and flbby.He also sleeps very late at night and wakes up late.

       His favourite food is fried chicken and cheeseburger from fast-food restaurants.He seldom eat home-cookes meals even though his mother prepares delicious and nutritious food at home.

       Justin does not do well in his examinations and always comes out last in class.

 the advise is:                     (not to follow what justin do)

Karangan Peribahasa(di mana ada kemahuan,di situ ada jalan)

      Peribahasa"di mana ada kemahuan,di situ ada jalan"bermaksud jika kita mempunyai keinginan terhadap sesuatu perkara, maka kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi keinginan itu.Dalam hal ini,kisah Ahmad yang ingin mengubah kehidupan penduduk kampungnya dapat kita jadikan pengajaran.                                              







     Di kampung Ahmad,tinggal beberapa puluh buah keluarga.Mereka hidup miskin,bak kata pepatah,"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang".Namun, mereka hidup saling bekerjasama.Justeru,budaya berderau yang sudah lupus di tempat lain,masih subur diamalkan oleh penduduk di kampungnya  itu.

            Sikap yang positif para penduduk kampungnya dilihat oleh Ahmad sebagai aset yang paling berharga untuk dimajukan.Ahmad merupakan graduan universiti yang baru sahaja menamatkan pengajian.Sejak awal lagi,Ahmad memang tidak berminat untuk bekerja makan gaji.Dia mahu menumpahkan tenaga baktinya kepada penduduk kampungnya.Dia berasa kasihan terhadap para penduduk kampungnya yang begitu rajin bekerja tetapi sering sahaja menjadi mangsa penindasan kepada orang tengah.Justeru,Ahmad berhasrat menyatukan penduduk kampungnya di bawah sebuah koperasi.

          Niat suci Ahmad itu dipandang serong oleh sesetengah penduduk kampung.Namun,Ahmad tidak pernah lemah semangat.Bersama-sama dengan beberapa orang jawatnkuasa penaja,Ahmad berusaha meyakinkan penduduk kampung agar menyertai koperasi mereka.Akihrnya,hasrat Ahmad itu tercapai.

           Ahmad berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjayakan projek koperasi yang berasaskan perniagaan.Ahmad bertuah kerana ramai pegawai daripada agensi kerajaan yang sanggup turun padang untuk membantu usaha murni Ahmad.Malah,wakil rakyat kawasan itu turut menyokong usaha Ahmad.Akhirnya, pada mesyuarat agung kali kedua,koperasi ini telah mengumumkan pemberian dividen dan bonus tertinggi sebanyak 80 peratus kepada ahli-ahlinya.Kejayaan ini telah mengejutkan banyak pihak kerana itulah kali pertama sebuah koperasi berjaya memberikan dividen sebanyak itu.

             Kejayaan ini menjadi bukti bahawa jika kita mempunyai hasrat untuk mencapai sesuatu,maka kita akan berusaha untuk mencapainya.Demikianlah yang dilakukan oleh Ahmad untuk memajukan para penduduk di kampungnya.